Ninggiri Memilih Calon Pemimpin
USTAZ WADI CALON RAKYAT NENGGIRI
Calon PN kali ini tidak syak lagi sangat dekat dengan masyarakat Nenggiri.
Selepas bersara sebagai anggota TLDM selama 12 tahun, beliau balik ke kampung dan bertugas sebagai pegawai agama di JAHEIK.
Walaupun bekerjaya, beliau tetap aktif melibatkan diri dengan parti dan masyarakat. Tidak cukup dengan itu, calon ini juga gigih menimba ilmu agama dengan menyertai pengajian pondok.
Kata rakyat di Nenggiri Ustaz Wadi ini ‘buleh ppegi maghi’ dengan rakyat Nenggiri. Bukan calon kayangan yang jauh dengan rakyat, tetapi calon tempatan.
Beliau dikenali dekat dengan anak muda, tidak kekok menyantuni orang tua.
Beliau tidak melobi dan bukan calon tangkap muat yang terpaksa menggunakan dana jan jentera kerajaan untuk menarik undi.
Pembangunan yang sedang berjalan di Nenggiri bakal dijaga dengan baik oleh Ustaz Wadi. Beliau seorang bekas ahli tentera yang dilatih bertanggungjawab dan setia berkhidmat.
Pengorbanan beliau bukan biasa-biasa, perancangan yang dibuat pimpinan diterima baik dengan penuh lapang dada dan bersedia berjuang untuk masyarakat mewakili PN.
Beliau diangkat sebagai calon paling layak selepas ditapis dengan penuh tertib dan pertimbangan yang harmoni oleh pimpinan tertinggi setiap parti komponen dalam PN. Disokong dan didukung oleh seluruh ahli PN.
Inilah bukti kerjasama yang kukuh dalam PN. Parti sentiasa menyusun strategi dengan baik untuk membawa calon yang bukan sahaja dipilih oleh pimpinan, bahkan yang lebih utama akan dipilih rakyat secara majoriti.
PN berpegang kepada janji. PN tidak saling menjatuhkan. PN memelihara kekuatan muafakat. Semua ini tidak berhasil tanpa ikatan janji yang saling dipegang kukuh.
Prinsip PN jelas. Kebajikan dan khidmat untuk masyarakat mesti paling diutamakan, bukan kepentingan peribadi yang akan terus menyusahkan rakyat di kemudian hari.
Sekian
Zurk Ahmad
Ketua Penerangan PAS
No comments