Header Ads


PILIHAN RAYA KECIL PRK NENGGIRI SATU PENGALAMAN

*PILIHANRAYA KECIL DEWAN UNDANGAN NEGERI, NENGGIRI, KELANTAN - SATU PENGALAMAN.*

*TSAM* | 20 OGOS 2024.

Selepas tamatnya Pilihanraya Kecil (PRK) dan keputusan diketahui umum, saya beri ruang beberapa hari kepada euforia pihak yang menang (UMNO-BN) kerana pemenang berhak meraikan kemenangannya.

Para penganalisis politik juga melontar pelbagai rumusan dan pandangan berkaitan PRK tersebut
  
Banyak pelajaran dan analisa boleh kita pelajari dari komentar dan analisa yang diberikan.Tidak kurang juga analisa yang tersasar jauh kerana hanya berasaskan "desktop analysis" ataupun analisa secara akademik sahaja.

Ramai yang bertanyakan ulasan dari saya, yang hampir sepenuh masa berada di lapangan.

Bagi saya, Perikatan Nasional (PN) telah tewas kepada pasukan Kerajaan Persekutuan yang sanggup membelanjakan jutaan ringgit dan dibantu secara langsung oleh beberapa Agensi Besar iaitu *KESEDAR, JAKOA, FELDA, FELCRA* dan *RISDA* semata-mata untuk menangkan BN di kubu kuat mereka.

Secara ringkasnya, BN-UMNO menang semula di kerusi Nenggiri, satu kerusi yang PAS tidak pernah menang pun sebelum PRN ke 15.

Semenjak diawal kempen lagi dianggarkan PAS Nenggiri mempunyai kira-kira 5,500 pengundi teras serta 12 Cawangan BERSATU dengan keahlian sekitar 500 manakala UMNO-BN pula memiliki kira-kira 7,000 pengundi tegar dengan 54 cawangan UMNO (jumlah keluar mengundi PRN ke 15 yang lalu kira-kira 12,000 pengundi).

Untuk menang, Perikatan Nasional perlu menarik 1,000 ke 2,000 undi daripada pengundi UMNO dan ini pernah diperoleh pada PRN ke 15, tahun 2023 apabila bekas Ahli UMNO menyertai BERSATU dan mencetuskan gelombang menolak Calon UMNO-BN ketika itu.

Apabila YB Azizi bekas ADUN Nenggiri mengalih sokongan menyokong Kerajaan Madani, tidak boleh dinafikan PN kehilangan sejumlah pengundi dalam kalangan penyokong Azizi dan sekali gus UMNO-BN mendapat undi tambahan dengan beralihnya sokongan sebahagian pengundi Azizi dan BERSATU

Sekiranya calun PN baru-baru ini datang dari kalangan bekas pemimpin UMNO, seperti pada PRN lepas, keadaan mungkin berbeza kerana tentunya undi UMNO akan berpecah dan tenaga kempen tempatan juga akan lebih berkesan apabila datang nya dari kalangan penyokong UMNO.

Malangnya tidak seperti di Sg. Bakap, perkara ini tidak terjadi.Ramai dari kalangan mereka merasakan mereka dikesampingkan.

Selain dari itu, BN juga telah menggunakan strategi BN TANPA DAP DAN PH.Mereka memujuk semula lebih daripada *2,000 PENGUNDI PUTIH UMNO* yang dahulunya tidak keluar mengundi pada PRU ke 15.Pendekatan itu berkesan.

Calun BN dari pemuda yang ketuanya YB Dr Akmal di lihat sering menyanggah DAP.Kredit kepada Dr Akmal

Gerakan memujuk pengundi yg dulu tidak  keluar ternyata berjaya kerana insentif dan pelincir kewangan yang lumayan serta sentuhan bekas-bekas ADUN UMNO(bekas YB YUSOF DAN HJ AZIZ) yang bekerja bagi pihak calun UMNO-BN,dan mereka berjaya menambah "turnout" (jumlah keluar mengundi) hampir 3,000 pengundi yang dulunya tidak mengundi pada PRU ke 15.

Turn-out yang tinggi mencecah 74% berbanding 61% peratus semasa PRN melonjakkan undi mereka daripada kira-kira 6,000 kepada 9,000 undi, iaitu pertambahan hampir 3000 undi.

Semua ini dapat mereka lakukan dengan *DANA KEWANGAN YANG SANGAT BESAR* dan *DI BANTU PULA OLEH AGENSI KERAJAAN PUSAT SEPERTI JAKOA, KESEDAR, FELDA, FELCRA, DAN RISDA* (semuanya di bawah kuasa Presiden UMNO sebagai TPM dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah).

Sepanjang bulan Julai dan Ogos 2024, 5 agensi ini dianggarkan telah membelanjakan berjuta ringgit di Nenggiri untuk pelbagai program kempen BN-UMNO.

Antara yang paling ketara ialah *KESEDAR* yang telah membayar RM8,400 kepada setiap peserta kepada ratusan peserta Projek Agropolitan ECER di SG ASAP semasa kempen. (hasilnya boleh dilihat di mana majoriti undi BN di UDM Sg. Asap telah meningkat dengan banyaknya).

 Peserta juga telah diberikan Sijil Perakuan Milik Lot Rumah semasa berkempen.

Manakala di 5 pos Orang Asli pula, JAKOA dan BN bekerjasama menganjurkan program dan pesta selama 14 hari, siang dan malam dengan perbelanjaan ratusan ribu ringgit bagi 'mengepung' dan mengawal pengundi Orang Asli sebagai undi simpanan tetap mereka.

Hasilnya hampir 1,600 ataupun separuh daripada undi majoriti BN kali ini datang dari 5 UDM Orang Asli. Malah telah tular video yang menunjukkan pejabat JKOA dipenuhi bendera BN dan seolah-olah telah dijadikan pusat operasi kempen UDM Orang Asli.

Telah viral sekurang-kurangnya dua buah helikopter WEST STAR yang berulang-alik ke kawasan Orang Asli. Anggaran kos sewaan dua helikopter di sepanjang tempoh kempen ini dianggarkan melebihi satu juta ringgit.

Sedangkan jentera PN perlu menggunakan jalan darat dan menghadapi kesukaran menemui pengundi terutama di UDM SG PUIYAN/POS GOP yang perlu mengambil masa berhari-hari untuk sampai.

Misalnya, perjalanan dari Gua Musang ke Pos Gob mengambil masa 9 - 12 jam untuk sampai dengan kadar sewaan sebuah Hilux antara RM650 ke 1,000 sehari. Di sini PN langsung tak berpeluang berkempen dan hanya dapat 5 undi manakala BN membolot lebih dari 300 undi.

Timbul juga soal unsur ugutan terhadap pengundi Orang Asli. Orang Asli diberitahu mereka tidak akan dibantu oleh JAKOA lagi sekiranya mengundi 'bulan'. Ugutan ini di dedahkan oleh NGO orang Asli sendiri pada 15hb ogos lalu.

Anak-anak muda dan pengundi luar pula khabarnya, dikatakan dibayar RM300 seorang untuk mengundi BN. Ini terbukti dari pengakuan beberapa pengundi melalui posting mereka  di media sosial yg kini sedang viral 

Kini ramai yang mula tampil dengan bukti dan rakaman bagaimana sogokan wang yang begitu banyak berlaku.

Isu ini pastinya akan terdedah apabila adanya petisyen pilihanraya di mahkamah nanti.

Akibat dari tularnya edaran wang kepada pengundi terpilih BN, ramai pula pengundi putih PN menuntut bayaran untuk keluar mengundi.

 Misalnya pada pukul 2.00 petang hari mengundi, setelah mendapati hampir 3,000 lagi pengundi putih PN belum keluar mengundi, kerahan cuba dibuat, namun Jentera PN berdepan situasi pengundi menuntut bayaran dengan alasan pihak sebelah sana membayar pengundi mereka.

Petugas *PN TIADA KEUPAYAAN MEMENUHI TUNTUTAN SEDEMIKIAN* kerana mereka tidak diberikan peruntukan untuk membayar pengundi yang keluar.

Bilik Operasi PN kekal dengan pendirian *TIDAK BOLEH MEMBAYAR PENGUNDI* dan mengekalkan dasar kempen bersih dan patuh kepada peraturan Suruhanjaya Pilihanraya.

Rumusannya, PN telah tewas di kubu BN ini kerana,pertama, Calon BN yang lebih dikenali disertai STRATEGI BN TANPA PH TANPA DAP yang berjaya menambah turnout mencecah 74%

Kedua, kerana PN memilih untuk tidak mengamalkan politik rasuah, politik wang dan salah guna kuasa. 

PN juga menolak untuk menyalah-gunakan aset dan jentera Kerajaan Negeri Kelantan.

 Ini amat berbeza dengan BN yang memanfaatkan sepenuhnya aset, peruntukan dan jentera agensi-agensi serta jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan terutamanya yang di bawah kawal-selia Menteri UMNO seperti Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Sebagai orang yang sudah berkali-kali mengendalikan jentera Pilihanraya BN, berdasarkan pemerhatian saya, jumlah yang dibelanjakan PN untuk PRK tidak sampai 10% yang dibelanjakan BN dalam pilihanraya ini

Sukar untuk dipercayai, kalau saya katakan bahawa OPERASI PN bergantung sepenuhnya kepada semangat kesukarelaan, pengorbanan individu, sumbangan dan infaq ahli-ahli dan penyokongnya. Ia sangat tidak mencukupi namun itulah realitinya.

Kemenangan PN hanyalah dari sudut moral kerana Istiqamah menjaga integriti dengan mengekalkan kempen yang bersih, bebas rasuah dan *TIDAK MENYALAH GUNAKAN KUASA UNTUK MENANG.*

Dalam situasi sedemikian PN sangat berterima kaseh kepada hampir 6000 pengundi setia Nenggiri yang istiqamah memilih calunnya

Namun dalam PRK, terutama di kawasan seperti Nenggiri, pendekatan "low budget" atau "NO budget" sebegini sememangnya memberi "advantage" dan kelebihan kepada pihak yang berani membelanjakan berjuta ringgit serta berani menyalah-gunakan Agensi Kerajaan untuk aktiviti kempen parti.

Walau bagaimana pun sejarah telah membuktikan kemenangan begini tidak berkekalan.

Sejarah PRK di Kelantan membuktikan bahawa  BN-UMNO sering menang PRK tapi akhirnya mereka tewas semula dalam PRU apabila kaedah yang sama tidak dapat mereka lakukan semula dalam Pilihanraya Umum.

Sebagai contoh BN menang PRK SEMERAK 1997,tapi tewas masa PRU 1999.BN menang PRK PENGKALAN PASIR 2005 tapi tewas ketika PRU 2008,Menang PRK PENGKALAN KUBUR 2014 tapi BN tewas kemudiannya dlm  PRU 2018.

Hal yang sama juga berlaku di PRK KUALA KANGSAR dan PRK SG BESAR sebelum PRU 14. Menang pada PRK tapi tewas di PRU berikutnya. 

Pilihanraya Kecil sentiasa memberi kelebihan kepada BN kerana sumber kewangan yang kuat dan jentera kerajaan yang banyak.

Perikatan Nasional tewas di PRK Nenggiri, Kelantan pada kali ini. Selepas ini, kita lihat pula nanti dalam PRU ke 16. Adakah sejarah akan berulang kembali ?

Bagi yang menang tentu disambut dengan kegembiraan. Bagi yang tewas, tentu ada pengajaran yang amat berharga.

Tidak penting mencari alasan.Yang penting mencari pengajaran AGAR PERJUANGAN TETAP DI TERUSKAN

*TAN SRI ANNUAR MUSA.*

No comments

Powered by Blogger.