KELANTAN LANCAR TUISYEN RAKYAT
Hari ke 2, 3 September 2024
Selepas persidangan SG4 di Hotel Tenera , Bangi pd 2 September 2024.
Hari ini , melalui pgrm di bawah kluster pendidikan SG4 , Kelantan menyambut baik pgrm Tuisyen Rakyat Sejahtera yg telah dimulakan di Kedah utk 5 DUN dan ia seterusnya yg bakal diluncur & dilaksanakan utk seluruh 45 DUN di Kelantan pd bulan Oktober 2024. Inilah antara program-program ikonik kebersamaan di bawah
KELANTAN LANCAR TUISYEN RAKYAT SEJAHTERA dengan taklimat khas yg diadakan hari ini oleh YB Prof Dato' Abd Halim Tamuri , Adun Paya Jaras ( PJ Pas Selangor ) , mantan Rektor KUIS ( kini, University Selangor ) dan perasmian oleh YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, Exco Pendididikan Kelantan
Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan program Tuisyen Rakyat Sejahtera Kelantan dengan jumlah peruntukan tahunan (permulaan) sebanyak RM477,000 bersamaan RM10,600 bagi setiap Dewan Negeri (DUN).
Tuisyen Rakyat Sejahtera Kelantan ditawarkan kepada 30 pelajar calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dari keluarga yang kurang berkemampuan bagi setiap DUN. Program ini dijadualkan bermula 17 Oktober tahun ini untuk tempoh selama lapan minggu kelas pengajian.
https://mediapoint.kelantan.co/2024/09/kelantan-lancar-tuisyen-rakyat-sejahtera.html
#ustazahasilahzin
#LimbonganPrihatin
#KelantanMajuRakyatSejahtera
#PenghayatanMembangunBersamaIslam
No comments